1. Pertama sekali tahniah diucapkan kepada mereka yang menang tanpa bertanding bagi pilihanraya kampus UNITAR bagi sesi 2009/2010.
2. Apabila menyingkap kemenangan mereka saya terfikir dua perkara.
3. Pertama, ia nya sangat baik , kerana kita tidak ada pencabar dalam pertandingan ini dan merupakan calon TUNGGAL.Makna kekuatan kita amat digeruni oleh pihak lawan sehinggakan tiada siapa pun yang sanggup mendepani atau bersaing dengan kita.
4.Kedua , ia nya tidak baik , kerana tidak orang yang berminat akan jawatan berkenaan.Atau dengan erti yang lebih mudah ramai yang tidak ambil kisah mahu pun peduli tentangnya.
5. Apa pun tanggapan kita , mereka sudah pun menang.
6. Harapan saya,supaya mereka ini akan menjalankan amanah yang terpikul bahu mereka itu dengan baik, berintegriti tinggi, berprofesional serta bertanggungjawab.
7. Saya berharap perubahan yang drastik harus dilakukan di Unitar sekiranya kita ingin maju jauh ke depan dan permulaan itu harus bermula dengan wakil pelajar ke majlis perwakilan mahasiswa ini.
YANG KECIL JANGAN DISANGKA BAPAK, YANG BESAR JANGAN DISANGKA ANAK , KERANA KITA TIDAK BOLEH MENILAI KERANA NAMPAK , ATAU MENGHUKUM SESUATU KERANA SYAK , BERLAGAK PANDAI KERANA RIAK BERLAKON PINTAR PERSIS BONGKAK. SEBAB ORANG BIJAK SELALUNYA TIDAK NAMPAK YANG DIA WARAK , KERANA ITU YANG DIA NAK.
SALAM TERHULUR , SENYUM TERPACUL
Sunday, October 18, 2009
Pilihanraya Kampus UNITAR Sesi 2009/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment