SALAM TERHULUR , SENYUM TERPACUL

Sunday, October 11, 2009

Bernafas Pun Terasa Malas.......

1. Hidup di dunia sekarang semakin menakutkan dan merumitkan. Leceh sangat bukan...? Ancaman datang dari pelbagai bentuk dan arah.

2. Kadang - kadang terfikir juga, hendak bernafas pun terasa malas , kerana apa jua yang kita sedut melalui nafas berkemungkinan tinggi bakal membunuh nyawa kita sendiri.

3. Korban H1N1 yang dilaporkan setakat hari ini secara rasmi sebanyak 77 orang.Itu tak termasuk yang tak rasmi.Harap mereka tak sembunyikanlah gejala dan angka sebenar.

4. Setakat 12hb 10 2009 , jam 9.00 pagi seramai 145 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 120 kes telah didiscaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 660 kes di 77 buah hospital termasuk 6 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 29 pesakit atau 4% merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

5. Daripada 29 orang pesakit Influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 9 kes atau 31% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan tiada kes didiscaj. Untuk makluman, 8 kes (89%) yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (3), penyakit kronik (3), obesiti (1) dan seorang dengan dua faktor risiko, iaitu bawah 5 tahun serta penyakit kronik.

6.Apa pun , secara rasionalnya dari sudut agama, sekiranya ajal kita sudah tiba, lari kemana pun , sehingga ke ceruk dunia sekali pun bakal mati juga akhirnya.Jadi berserahlah.....secara bijaksana.

No comments:

Post a Comment