2. Siapa pemenang dan siapa yang kecundang telah pun terbukti.... melalui undi semua pelajar
yang terlibat.Sebenarnya tiada istilah "kecundang" pun dalam kamus pejuangan -itu pun
sekiranya mereka benar-benar pejuang sejati.
3. Syabas kepada yang berjaya , selamat berkhidmat kepada mereka untuk kesejahteraan
semua rakyat jelata (UNITAR).Bagi yang tak terpilih teruskan juga perjuangan anda.
4. Cuma ada beberapa persoalan penting yang saya kira YB-YB ini kena jawab dan fikirkan.
Seperti.........
a. Adakah mereka ini benar-benar memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar
Unitar keseluruhannya.
b. Adakah mereka ini benar-benar ikhlas ingin membantu pelajar lain.
c. Adakah mereka benar-benar tahu apakah matlamat mereka menjadi salah seorang ahli
MPM UNITAR.
d.Adakah mereka benar-benar sedar apakah denyut nadi permasalahan pelajar Unitar
keseluruhannya.
e. Adakah mereka ini tidak akan mengulangi kelemahan dan kesilapan ahli-ahli MPM yang
terdahulu daripada mereka.Atau mereka yang lebih teruk.......??
f. Dan yang terakhir- adakah mereka ini benar-benar peka pada isu-isu utama daripada
isu-isu pinggiran.
5. Kerana sekiranya mereka bercadang untuk menjadi ahli MPM sekadar untuk hiasan diri,
mencari populariti , menambahkan koleksi jawatan tinggi serta bercita-cita membuncitkan
perut sendiri , saya fikir mereka berada pada tempat yang silap kerana ini bukan
gelanggangnya.Sebab harus di ingat sekiranya ANDA pemimpin yang cabok ,pengikut
anda masuk habuk.