ILHAM PENDETA JOSH
YANG KECIL JANGAN DISANGKA BAPAK, YANG BESAR JANGAN DISANGKA ANAK , KERANA KITA TIDAK BOLEH MENILAI KERANA NAMPAK , ATAU MENGHUKUM SESUATU KERANA SYAK , BERLAGAK PANDAI KERANA RIAK BERLAKON PINTAR PERSIS BONGKAK. SEBAB ORANG BIJAK SELALUNYA TIDAK NAMPAK YANG DIA WARAK , KERANA ITU YANG DIA NAK.
SALAM TERHULUR , SENYUM TERPACUL
Wednesday, April 14, 2010
Musim Exam dah Tiba.......
Pejam celik-pejam celik, tengok - tengok dah nak exam.
Kadang-kadang terfikir juga,adakah masa yang berlalu cepat atau kita yang terlalu lambat.
Renung-renungkanlah.....
Apa pun , semoga kalian semua berjaya dalam exam yang akan datang ini.
Do the best and good luck.
Monday, November 9, 2009
Papung Engkiung
2. Kasih ke pangan diri , enggai nyadi ga enda kasih ke diri empu laban kitai nadai pengari ia ke barani betati sereta bejaku ke penyaru enggau penuyu perintah ia ke enda manah.Sinu meh ati meda.
3. Nyalai.....mata peli-peli, tang mulut enda kimut- kimut laban patung enda engkebut nyaut.
4. Penyeranta enggau pemula enda alah ditusi laban mayuh ati ia ke rangka kepapa, bejaku bula ngapa , siga serta kepapas.
5. Besampi ngagai petara minta munas ke ati ti kepapas ngambi ke dunya tau meruan alai diau, nya enda baka reba ia ke semampai semera, tegura sereta ngeruga ngapa.
6. Besampi meh.........!
Perjumpaan BSS
Final Exam 2009
Friday, October 30, 2009
Pemimpin Cabok-Pengikut Masuk Habuk
2. Siapa pemenang dan siapa yang kecundang telah pun terbukti.... melalui undi semua pelajar
yang terlibat.Sebenarnya tiada istilah "kecundang" pun dalam kamus pejuangan -itu pun
sekiranya mereka benar-benar pejuang sejati.
3. Syabas kepada yang berjaya , selamat berkhidmat kepada mereka untuk kesejahteraan
semua rakyat jelata (UNITAR).Bagi yang tak terpilih teruskan juga perjuangan anda.
4. Cuma ada beberapa persoalan penting yang saya kira YB-YB ini kena jawab dan fikirkan.
Seperti.........
a. Adakah mereka ini benar-benar memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar
Unitar keseluruhannya.
b. Adakah mereka ini benar-benar ikhlas ingin membantu pelajar lain.
c. Adakah mereka benar-benar tahu apakah matlamat mereka menjadi salah seorang ahli
MPM UNITAR.
d.Adakah mereka benar-benar sedar apakah denyut nadi permasalahan pelajar Unitar
keseluruhannya.
e. Adakah mereka ini tidak akan mengulangi kelemahan dan kesilapan ahli-ahli MPM yang
terdahulu daripada mereka.Atau mereka yang lebih teruk.......??
f. Dan yang terakhir- adakah mereka ini benar-benar peka pada isu-isu utama daripada
isu-isu pinggiran.
5. Kerana sekiranya mereka bercadang untuk menjadi ahli MPM sekadar untuk hiasan diri,
mencari populariti , menambahkan koleksi jawatan tinggi serta bercita-cita membuncitkan
perut sendiri , saya fikir mereka berada pada tempat yang silap kerana ini bukan
gelanggangnya.Sebab harus di ingat sekiranya ANDA pemimpin yang cabok ,pengikut
anda masuk habuk.
Sunday, October 18, 2009
Pilihanraya Kampus UNITAR Sesi 2009/2010
1. Pertama sekali tahniah diucapkan kepada mereka yang menang tanpa bertanding bagi pilihanraya kampus UNITAR bagi sesi 2009/2010.
2. Apabila menyingkap kemenangan mereka saya terfikir dua perkara.
3. Pertama, ia nya sangat baik , kerana kita tidak ada pencabar dalam pertandingan ini dan merupakan calon TUNGGAL.Makna kekuatan kita amat digeruni oleh pihak lawan sehinggakan tiada siapa pun yang sanggup mendepani atau bersaing dengan kita.
4.Kedua , ia nya tidak baik , kerana tidak orang yang berminat akan jawatan berkenaan.Atau dengan erti yang lebih mudah ramai yang tidak ambil kisah mahu pun peduli tentangnya.
5. Apa pun tanggapan kita , mereka sudah pun menang.
6. Harapan saya,supaya mereka ini akan menjalankan amanah yang terpikul bahu mereka itu dengan baik, berintegriti tinggi, berprofesional serta bertanggungjawab.
7. Saya berharap perubahan yang drastik harus dilakukan di Unitar sekiranya kita ingin maju jauh ke depan dan permulaan itu harus bermula dengan wakil pelajar ke majlis perwakilan mahasiswa ini.
Sunday, October 11, 2009
Bengkel FOMCA , kenal hati kenal rupa.....!
2.Seramai 134 orang pelajar telah mendaftar termasuk komitee , tetapi yang datang lebih kurang 50 lebih orang je.
3. Keseluruhan berjalan lancar , cuma 1 atau 2 perkara yang tidak menyedapkan hati berlaku juga akhirnya.For me personally , it is beyond our expectations and it just because laking in planning and weakness in organizing as well.
4. Apa pun , saya percaya sama ada peserta atau komitee belajar tentu banyak perkara, termasuklah saya.
5. Apa yang saya belajar ialah......"Kita tak boleh paksa orang lain hormat kita , sekiranya mereka tidak ada keinginan yang terbit dengan ikhlas dari dalam lubuk hati nurani murni mereka."Jangan cakap laa, orang nak takut dengan kita pula.Tidak mungkin punya.
6.Apabila fikir balik , saya ni lain sedikit ,mungkin sebab itulah kita ni berbeza kot.Saya begitu mudah "hormat dan takut akan orang lain.Mungkin disebabkan itulah kita sering dipandang rendah dan diperbodoh-bodohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
7. Mungkin sebab latar belakang kita , rasanya.Atau juga genetik kita.
8.Apa pun , saya nak ucap terima kasih banyak kepada Dato Ida dan Dato Rashid , pemimpin dibalik takbir yang banyak membantu pada hari tersebut khususnya dari segi mengendalikan hal makanan.
9. Inilah pemimpin sejati , yang tidak perlukepada nama , tetapi tetap juga buat kerja.
10. Ingat cakap saya, sekiranya kita ada sikap pro aktif sebegitu, dimana- mana pun kita berada , dibumi mahu pun di udara , kita akan cepat maju dan berjaya kerana kita tidak perlu penukul untuk mengetuk kita untuk buat kerja.
11. Sebenarnya , jangan la sesekali nilai rupa , kerana hati budi mereka mungkin berbicara disebaliknya.
Bernafas Pun Terasa Malas.......
2. Kadang - kadang terfikir juga, hendak bernafas pun terasa malas , kerana apa jua yang kita sedut melalui nafas berkemungkinan tinggi bakal membunuh nyawa kita sendiri.
3. Korban H1N1 yang dilaporkan setakat hari ini secara rasmi sebanyak 77 orang.Itu tak termasuk yang tak rasmi.Harap mereka tak sembunyikanlah gejala dan angka sebenar.
4. Setakat 12hb 10 2009 , jam 9.00 pagi seramai 145 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 120 kes telah didiscaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 660 kes di 77 buah hospital termasuk 6 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 29 pesakit atau 4% merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.
5. Daripada 29 orang pesakit Influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 9 kes atau 31% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan tiada kes didiscaj. Untuk makluman, 8 kes (89%) yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (3), penyakit kronik (3), obesiti (1) dan seorang dengan dua faktor risiko, iaitu bawah 5 tahun serta penyakit kronik.
6.Apa pun , secara rasionalnya dari sudut agama, sekiranya ajal kita sudah tiba, lari kemana pun , sehingga ke ceruk dunia sekali pun bakal mati juga akhirnya.Jadi berserahlah.....secara bijaksana.